Minggu ini, sudah genaplah 1 bulan praktikal. Sangat banyak
untuk diceritakan. Tetapi yang paling menarik hati ialah tentang kisah budak
tahfiz (anak pekerja staff).
Pada umur tingkatan 1, anak tersebut telah memasuki sekolah
tahfiz atas kehendak sendiri. Selepas beberapa tahun, anak tersebut tidak dapat
‘follow’ muqarrar ataupun sukatan hafalan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Pendek cerita, sebelum PMR, anak tersebut telah dipindahkan
sekolah lain dalam keadaan anak tersebut masih mahu menghafal Al-Quran. Seusai
sahaja PMR, ibubapa kepada anak tersebut sekali lagi memindahkan beliau ke
sekolah yang lebih dekat dengan kawasan rumah.
Dan dari sini, anak tersebut bertekad bahawa seusai sahaja
SPM, dia ingin menghafal Al-Quran. Disebabkan oleh minatnya anak ini untuk
mendalami Al-Quran dan ilmu agama, beliau akan ke madrasah berdekatan rumah di
sebelah petang untuk mempelajari ilmu agama pula.
Mendengar cerita ini, aku terdiam seribu bahasa. Manakan
tidak, diberi kesempatan 3 kali untuk bersama dengan Al-Quran. Bergenang air
mata dek kerana memikirkan diri sendiri yang tidak menggunakan kesempatan yang
Allah berikan.
Inilah tekad si anak muda, hebat… sangat hebat. Jika kalian mendengar sendiri cerita ini, pasti dan semestinya kalian akan merasai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi cerita tersebut disampaikan oleh si ibunya sendiri. Sama-sama kita
doakan anak tersebut dapat terus bertekad untuk belajar Al-Quran dan agama
seterusnya menjadi seorang ulama. Insyaallah
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama tengok balik apa
yang telah buat sepanjang kita hidup ini.
Adakah kita telah menggunakan peluang ini sebaik mungkin?
Adakah peluang sebegini datang lagi selepas ini?
Ya Allah, maafkan hambaMu ini.
awop hebat
ReplyDelete