Hello guys...

My nickname is mitsuibenz.

Mitsui for basketball.

Benz for education, profession, n job.


If I can be a good Benz, I will get a good Addin.

~waiting...

Monday, February 16, 2015

PEMBELAJARAN dalam KEHIDUPAN II

Assalamualaikum, semoga dalam keadaan sihat semua.
Untuk kali ini, Insyaallah kita sama² berbincang tentang WANITA.
Apabila kita berbicara tentang tajuk ini, secara automatik semua mata mnjadi segar, badan berasa segar dan hati juga rasa tertarik. Dan tidak lupa juga, pasti dan semestinya akan ada banyak pandangan dan pendapat yg berbeza tentang wanita.

Zaman ini, ramai yg masih beranggapan bahawa wanita perlu lebih qawiy, ataupun lebih kuat berbanding lelaki. Tetapi, sedar atau tidak, hal ini akan mengakibatkan kepimpinan lelaki dalam rumah tangga tergugat dek kerana kepimpinan lelaki yang lemah.

Dan sekarang, terbukti dan kita sedia maklum bahawa WANITA terlalu ramai yang belum bernikah, walaupun mempunyai kerjaya dan karakter yang hebat. Dan masyarakat yang kurang faham sentiasa menyalahkan kaum hawa dalam hal 'kenapa tidak mahu berkahwin???'. 
Adakah betul perkara ini berlaku kerana salah wanita???  

Padahal, sudah banyak cerita dan kisah yg kita dengar tentang kurangnya kewibawaan LELAKI zaman ini. Dan betul atau tidak jika kita mengatakan bahawa hal di atas berlaku adalah disebabkan KURANGNYA LELAKI BERKUALITI
Sedikit perkongsian daripada Prof Dr Hamka daripada tulisannya bertajuk Terusir
"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis...".

Apa yang berlaku sekarang amat2lah aneh. Kita dapat lihat sekarang, begitu banyak program2 yang yg dianjurkan untuk pembangunan wanita. Tetapi, sedar atau tidak, secara tidak langsung, kita telah menepikan pembangunan lelaki yg sepatutnya 2 perkara ini perlu berlaku seiringan. 

Sekali lagi, kita dapat lihat,
di manakah para pemuda sekarang,
sedang berada di pusat serentikah,
atau sedang persiapkan diri???
ataupun sedang berfoya-foya dengan alam yg fana ini?

Wahai kaum LELAKI,
sedarlah, kapasiti yg kamu ada cukup besar,
sedarlah, tanggungjawap yg bakal kamu pikul juga cukup besar,
dan apa lagi alasan mu untuk tidak mahu berubah kepada yg lebih baik???

Wahai kaum LELAKI, 
persiapkan dirimu,
persiapakanlah dirimu dari segala aspek, 
belajarlah daripada kehidupanmu itu,
jangan bazirkan setiap langkah dalam hidupmu itu dengan begitu sahaja,
ambillah pengajaran, ambillah sebanyak mungkin pengajaran,
ambil dan jadikan tauladan untuk kita di masa hadapan.

Wahai kaum LELAKI, 
perhatikan sekeliling, 
sebelum kamu bergelar suami, 
perhatikanlah orang yang terlebih dahulu menjadi suami,
nilailah sendiri,
nilailah sendiri untuk kamu apply di dalam rumahtangga mu nanti.


Akhirnya, sama2 kita ambil ibrah daripada ayat Allah yg berbunyi,

... الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ

yg bermaksud, Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan... [an-nisa, 34] 


Setakat ini dulu sahabat2 sekalian, ambillah apa yg baik daripada nukilan ini.
Sama2 kita kuatkan diri kita, tingkatkan ibadah kita, 
dan sentiasalah berpegang teguh dengan tali Allah, 
Insyaallah selamat dunia akhirat...  

*tajuk sebenar untuk pos kali ini ialah LELAKI... :D


16/02/1994