Selepas bermain badminton sepetang dgn mat lutpi (atas permintaan yg teramat sgt), diri ini terasa berat untuk ke masjid untuk solat isya', ditambah pula dgn udara yg menyejukkan dek kerana hujan.
Tetapi niat hati ini terbatal apabila suara junior ku menyantun,
"jom g solat mitsuibenz", ajakannya biasa tetapi jelas mempunyai aura tersendiri.
Mungkin kerana keikhlasannya,
Mungkin juga kerana sikapnya yg sedia ada suka mengajak,
Mungkin juga dek kerana Allah ingin menegurku...
Allahu Allah...
******
Angin hujan bersiur-siur melalui tingkap bilik,
Diselangi kilat yg menyambar menggeruni malam,
Termenung sendirian, betapa cantiknya susunan Allah kepada hambanya.
Ya, kehidupan kita tidak selalu diatas,
Ada kala kita lemah,
Ada kala kita kuat,
Apapun yg berlaku, SAHABAT lah yg perlu memainkan peranan yg penting,
Utk kita sentiasa berada di jalan Nya.
Last skali, thanks and credit to mat din.