Hello guys...

My nickname is mitsuibenz.

Mitsui for basketball.

Benz for education, profession, n job.


If I can be a good Benz, I will get a good Addin.

~waiting...

Sunday, April 3, 2016

KISAH BUDAK TAHFIZ

Minggu ini, sudah genaplah 1 bulan praktikal. Sangat banyak untuk diceritakan. Tetapi yang paling menarik hati ialah tentang kisah budak tahfiz (anak pekerja staff).
Pada umur tingkatan 1, anak tersebut telah memasuki sekolah tahfiz atas kehendak sendiri. Selepas beberapa tahun, anak tersebut tidak dapat ‘follow’ muqarrar ataupun sukatan hafalan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pendek cerita, sebelum PMR, anak tersebut telah dipindahkan sekolah lain dalam keadaan anak tersebut masih mahu menghafal Al-Quran. Seusai sahaja PMR, ibubapa kepada anak tersebut sekali lagi memindahkan beliau ke sekolah yang lebih dekat dengan kawasan rumah.
Dan dari sini, anak tersebut bertekad bahawa seusai sahaja SPM, dia ingin menghafal Al-Quran. Disebabkan oleh minatnya anak ini untuk mendalami Al-Quran dan ilmu agama, beliau akan ke madrasah berdekatan rumah di sebelah petang untuk mempelajari ilmu agama pula.
Mendengar cerita ini, aku terdiam seribu bahasa. Manakan tidak, diberi kesempatan 3 kali untuk bersama dengan Al-Quran. Bergenang air mata dek kerana memikirkan diri sendiri yang tidak menggunakan kesempatan yang Allah berikan.
Inilah tekad si anak muda, hebat… sangat hebat. Jika kalian mendengar sendiri cerita ini, pasti dan semestinya kalian akan merasai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi cerita tersebut disampaikan oleh si ibunya sendiri. Sama-sama kita doakan anak tersebut dapat terus bertekad untuk belajar Al-Quran dan agama seterusnya menjadi seorang ulama. Insyaallah
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama tengok balik apa yang telah buat sepanjang kita hidup ini.
Adakah kita telah menggunakan peluang ini sebaik mungkin?
Adakah peluang sebegini datang lagi selepas ini?
Ya Allah, maafkan hambaMu ini.