Segala benda pasal flight online
Raya
Denggi
Hello guys...
My nickname is mitsuibenz.
Mitsui for basketball.
Benz for education, profession, n job.
If I can be a good Benz, I will get a good Addin.
~waiting...
Memetik kata-kata Dr. Afifi Alkitti tempoh hari,
Kena jaga 2 benda dalam kehidupan kita iaitu:-
كسر شهوتين...
1) nafsu perut
2) nafsu kemaluan
Untuk mengatasi kedua-dua benda ini, Rasulullah ajar supaya berpuasa.
Dan hari ini ialah hari terakhir puasa Ramadhan, adakah aku/kita telah berjaya???
Allahu...
BELUM CUBA BELUM TAHU?
ataupun
NAK CUBA TAPI BELUM BERSEDIA?
2 benda yang bermain dalam fikiran,
dan sering kali bermonolog tentang itu dan ini.
Satu bnda yang dapat mengalahkan semua benda, AQIDAH.
"Hanya kepada ENGKAU aku memohon Ya Allah!!!", jeritan yang bergema di dalam hati.
Ya Allah, hari ini engkau memberi kegembiraan kepada sahabatku selepas engkau menguji dengan UJIAN yang aku sangat takut untuk laluinya.
Dan bersyukurlah sahabatku, bersyukur sangat2 kerana Allah memudahkan segala urusan.
Ketika sampai saatku nanti, Engkau permudahkan juga urusanku wahai sang pencipta yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Sungguh, hanya pada Mu aku memohon...
Cinta itu fitrah, tetapi jika cinta itu sesekali tidak akan menjadi fitrah jika ianya dikaitkan dengan hawa nafsu.
Hari ini, satu soalan yang menjadi tanda tanya kepada seorang anak muda,
PERASAAN APAKAH INI?
Perasaan ini mengingatkan kepada si Dia?
Siapakan si Dia? Adakah Allah? Adakah Rasulullah?
Ataupun manusia itu masih lagi hidup?
Adakah suci dan murni jika perasaan ini kepada si dia ini ialah seorang wanita?
Dan perasaan ini, sejujurnya menguatkan lagi pergantungan kepada Allah.
Dengan perasaan ini juga menyuburkan lagi sirah-sirah Rasulullah dalam diri...
Adakah salah perasaan ini?
Demikianlah realiti yang ramai orang tidak mengetahuinya... Disebabkan kejahilan inilah wanita sering diketepikan. Ditambah pula perangai wanita yg kian memelik(pelik).
Cara bermuamalah yang terbaik dengan para wanita ialah dengan menganggap mereka ialah bakal isteri kita.
Dengan anggapan tersebut, kita akan menjaga segala percakapan dan tingkah laku kita. Percayalah...
Dan harus diingat, wanita mencerminkan lelaki. Begitulah kaitan antara maruah lelaki dengan si wanita...
~Merindui si wanita itu perkara mudah, tetapi menjaga wanita itu bukanlah perkara senang...