Hello guys...

My nickname is mitsuibenz.

Mitsui for basketball.

Benz for education, profession, n job.


If I can be a good Benz, I will get a good Addin.

~waiting...

Thursday, December 31, 2015

TAHUN BERGANTI TAHUN

Allahu Allah,

Baru sedikit ditimpa ujian,
Bersama sahabat berkerja kerji,
Sehingga terasa sakitnya badan,
Oh lemahnya diri ini...

Esok bermula lagi satu permulaan,
Yang bagiku, ada PENGAJARAN dalam setiap apa yang berlaku,
Insan-insan di sekitar jualah pemberi semangat,
Kepada aku yg lemah ini.

Ya, aku kagum dgn mereka yg sentiasa cergas,
Mindset mereka pastilah hebat,
Yang menjadikan mereka payah untuk letih,
Allah jua tempat mengadu.

Moga2 kita semua terus kuat, amiin.

mitsuibenz

Saturday, November 21, 2015

RODA KEHIDUPAN

Selepas bermain badminton sepetang dgn mat lutpi (atas permintaan yg teramat sgt), diri ini terasa berat untuk ke masjid untuk solat isya', ditambah pula dgn udara yg menyejukkan dek kerana hujan.

Tetapi niat hati ini terbatal apabila suara junior ku menyantun,
"jom g solat mitsuibenz", ajakannya biasa tetapi jelas mempunyai aura tersendiri.

Mungkin kerana keikhlasannya,
Mungkin juga kerana sikapnya yg sedia ada suka mengajak,
Mungkin juga dek kerana Allah ingin menegurku...
Allahu Allah...

******

Angin hujan bersiur-siur melalui tingkap bilik,
Diselangi kilat yg menyambar menggeruni malam,
Termenung sendirian, betapa cantiknya susunan Allah kepada hambanya.

Ya, kehidupan kita tidak selalu diatas,
Ada kala kita lemah,
Ada kala kita kuat,
Apapun yg berlaku, SAHABAT lah yg perlu memainkan peranan yg penting,
Utk kita sentiasa berada di jalan Nya.

Last skali, thanks and credit to mat din.

Saturday, November 14, 2015

ANNIVERSARY DAY

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Tiada lagi kiraan tahun, akan datang hanyalah bilangan hari demi hari.

Cukuplah sekali engkau menemui ku,
Yang lain, biar angin Allah sahaja yang menyampaikan segalanya,
Walau dimanapun kita.

Ya,
Hanya menunggu saat yang dinanti,
Untuk aku mulakan langkah.

Adakah aku sudah bersedia dengan 'ini' ?
Berat, tetapi inilah kehidupan.

Ya Allah, dekatkan diriku padaMu,
Juga kepada rasulMu,
Agar keindahan ini dapat ku jaga sesucinya...

Amiin

Happy A day...

Friday, September 4, 2015

KENANGAN

Tiada apa yang dapat dibanggakan melainkan dapat meninggalkan sesuatu kepada next generation. Pilu hati ini dikala melihat betapa hebatnya peninggalan orang2 dulu. Hebat!

Dan aku?
Adakah dapat melaksanakan seperti mereka?

Termenung jauh sendirian melalui tingkap kereta...

Monday, August 24, 2015

ZIKIR VS LAGU ZIKIR

استغفر الله ان الله كان توابا
VS
استغفر الله الا الله كان توابا

Ramai yang keliru tentang zikir ini, melagukan tetapi tersalah sebut dan menukar maksud ayat...

Mohon kita sama-sama cakna benda ini...

استغفر الله ان الله كان توابا
Ampuni aku ya Allah,
sesungguhnya engkau(Allah) penerima taubat..

Jika digunakan dengan perkataan الا ,
Maksud ayat akan menjadi seperti dibawah...

Ampuni aku ya Allah,
Kecuali engkau(Allah) penerima taubat..

Kesimpulannya, tidak menjadi masalah untuk kita melagukan zikir, tetapi wajib untuk kita menyebut dengan sebetulnya...

Sekali lagi diulangi, yang sebetulnya ialah,
استغفر الله ان الله كان توابا...

Saturday, August 15, 2015

ANYONE CAN FLY, SERIOUSLY!!!

"Woi zaibon, banyak duit engkau, slalu naik flight ", kata zameon.

Zaibon menyahut, "Engkau la kaya zameon, tiket flight aku murah lagi drpd tiket bas engko".

" betul ka? Mcm mana ko buat? Ajar la aku..."

_____________________

Mesti ramai yg berfikiran seperti zameon tetapi amat sedikit yg bijak seperti zaibon.

Ni beberapa tips drpd pengalaman utk membeli tiket flight.
Dan lps ni minta tlg sgt2 semua utk lebih bijak merancang.

1) pastikan ada email/apps utk tahu promotion company flight (especially air asia) (ALERT)

2) selaku budak uni/sekolah, kita masing2 ada kalendar (academic calendar)
(PLANNING)
- semua cuti adalah fix
- selalu lihat bnda ni utk elak tersalah pilih tarikh

3) start mencari tiket drpd masa yg jauh
(SEARCHING)
- klau jarak masa dh dkt, malindo mungkin lebih baik
- air asia klau masa promotion, KL-KB pergi dan balik dapat rm25

4) bnda penting, tapi ada juga yg xde, iaitu (INTERNET BANKING)
- semoleknya, guna cimb n maybank

5) selepas pilih flight, sila pilih tidak utk (INSURANCE)

6) begitu juga dgn pilihan seat, sila ignore.
(SEAT)
- seat akan ditentukan oleh pihak flight
- malindo dpt pilih seat sendiri

7) bayaran atas semua sekali mesti sama dengan apa yang ditawarkan masa mula2 kuta cari flight
(PURCHASE)
- hanya saru benda yg kena charge
*direct bank in charge - rm4 - air asia

8) tolong alert tentang boarding pass
(WEB CHECK IN)
- ramai yang datang ke airport tanpa boarding pass, dan aku yakin, kamu x akan dibenarkan naik flight
- so, please sgt2, jgn bazirkan duit

*Klau malas sgt baca, baca yg huruf besar semua tu
*moga bermanfaat

Saturday, August 8, 2015

RINDU

Alhamdulillah, hari ini terasa gembira.

Benda yang kian menghilang daripada diriku, tetapi Allah memberinya balik pada waktu yang tepat.

TEGURAN SEORANG SAHABAT

Satu hal yang sangat simple, tapi cukup bermakna untuk diri ini untuk meneruskan hidup. Sungguh, perkara ini amat besar dan mulia.

Sahabat,
Manusia ini sangat lemah,
Aku tidak mampu melangkah,
Jika tiada engkau di sisi,
Kerna engkau,
Ibarat cermin buat diriku.

TERIMA KASIH SAHABAT!!!

~akan ku ingat pesanan mu
~jangan pernah jemu membetulkan aku
~akan ku rindu saat ini, pasti!!

Sahabatmu yg lemah,

mitsuibenz

Thursday, August 6, 2015

D.I.L.E.M.A

Apa beza cinta dengan perasaan ingin memiliki?

2 perasaan yang sering kali membuatkan aku kacau...

Bagiku, perasaan ingin memiliki ialah sebahagian daripada cinta.

___________________________________

Dan pagi td,
Terdengar ucapan dari sahabat2,

Pernikahan bukanlah antara 2 pihak sahaja.
Ada pihak yg ke 3, yakni Allah...

Ya Allah, aku dapat rasakan masalah ini kian selesai, Insyaallah...

Monday, August 3, 2015

IKATAN HATI SAHABAT

Malam ini, hati rasa tidak sedap (tak tenang).
Dan sejujurnya, semua yang berlaku dihadapan mata ni baik² belaka.

Akan tetapi, ditempat lain waktu yg sama, seorang sahabat sedang diuji...
Allahu, accident motor...
Baru rasa terjawab kenapa Allah buat hati ini xtenang...

Moga dipermudah sahabat... Insyaallah

Saturday, July 25, 2015

Thursday, July 16, 2015

AKHIR RAMADHAN

Memetik kata-kata Dr. Afifi Alkitti tempoh hari,

Kena jaga 2 benda dalam kehidupan kita iaitu:-

كسر شهوتين...

1) nafsu perut

2) nafsu kemaluan

Untuk mengatasi kedua-dua benda ini, Rasulullah ajar supaya berpuasa.

Dan hari ini ialah hari terakhir puasa Ramadhan, adakah aku/kita telah berjaya???

Allahu...

Sunday, July 12, 2015

MEASUREMENT

BELUM CUBA BELUM TAHU?

ataupun

NAK CUBA TAPI BELUM BERSEDIA?

2 benda yang bermain dalam fikiran,
dan sering kali bermonolog tentang itu dan ini.

Satu bnda yang dapat mengalahkan semua benda, AQIDAH.

"Hanya kepada ENGKAU aku memohon Ya Allah!!!", jeritan yang bergema di dalam hati.

Thursday, July 9, 2015

SEMBANG NASI ARAB

Ya Allah, hari ini engkau memberi kegembiraan kepada sahabatku selepas engkau menguji dengan UJIAN yang aku sangat takut untuk laluinya.

Dan bersyukurlah sahabatku, bersyukur sangat2 kerana Allah memudahkan segala urusan.

Ketika sampai saatku nanti, Engkau permudahkan juga urusanku wahai sang pencipta yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Sungguh, hanya pada Mu aku memohon...

Sunday, July 5, 2015

FALSAFAH atau PENGALAMAN

Cinta itu fitrah, tetapi jika cinta itu sesekali tidak akan menjadi fitrah jika ianya dikaitkan dengan hawa nafsu.

Hari ini, satu soalan yang menjadi tanda tanya kepada seorang anak muda,

PERASAAN APAKAH INI?

Perasaan ini mengingatkan kepada si Dia?

Siapakan si Dia? Adakah Allah? Adakah Rasulullah?

Ataupun manusia itu masih lagi hidup?

Adakah suci dan murni jika perasaan ini kepada si dia ini ialah seorang wanita?

Dan perasaan ini, sejujurnya menguatkan lagi pergantungan kepada Allah.
Dengan perasaan ini juga menyuburkan lagi sirah-sirah Rasulullah dalam diri...

Adakah salah perasaan ini?

Friday, July 3, 2015

DIA IALAH MARUAH

Demikianlah realiti yang ramai orang tidak mengetahuinya... Disebabkan kejahilan inilah wanita sering diketepikan. Ditambah pula perangai wanita yg kian memelik(pelik).

Cara bermuamalah yang terbaik dengan para wanita ialah dengan menganggap mereka ialah bakal isteri kita.
Dengan anggapan tersebut, kita akan menjaga segala percakapan dan tingkah laku kita. Percayalah...

Dan harus diingat, wanita mencerminkan lelaki. Begitulah kaitan antara maruah lelaki dengan si wanita...

~Merindui si wanita itu perkara mudah, tetapi menjaga wanita itu bukanlah perkara senang...

Friday, June 26, 2015

AYAT CINTA from UMMI

Petang selepas asar, hujan membasahi bumi menyegarkan lagi udara 9 ramadhan.
Dan kini, kesempatan berada dirumah bukanlah sesuatu yg boleh dapat dengan begitu sahaja.

Ummi menguak masuk ke bilik, dan memulakan dialog, 'betul ke nk kahwin??'.

Belum sempat menjawap, ummi meneruskan falsafah rumahtangganya dengan berkata,

"Tugas utama orang lelaki selepas kahwin ialah memberi nafkah. Jadi, apa jaminan kamu utk memberi nafkah kepada anak orang?
Atau kamu lebih sanggup utk dikatakan tidak bertanggungjawap semata-mata untuk mendapatkan si wanita itu?"

Soalan ini terngiang-ngiang didalam jiwanya.
Bergelegak diri untuk membuktikan sesuatu.. Insyaallah

Tuesday, June 16, 2015

CINTA PERTAMA

Sedikit perkongsian hari ini,

Ada orang tanya,
Betul x cinta pertama berat dan susah nak lepaskan?

Saya jawap, nak tahu benda ni, boleh rujuk novel 'TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK' karangan LEGENDA HAMKA...

Ada orang bertanya lagi,
Bagaimana Islam ajar untuk kita menguruskan ANGAU..?

Soalan kedua ni saya xde jawapan...

Thursday, June 11, 2015

11 JuN 2015

Akan ku ingat tarikh ini, 11 JUN 2015.
Di sini bermulanya satu pengembaraan...

To be continue, Insyaallah...

Monday, February 16, 2015

PEMBELAJARAN dalam KEHIDUPAN II

Assalamualaikum, semoga dalam keadaan sihat semua.
Untuk kali ini, Insyaallah kita sama² berbincang tentang WANITA.
Apabila kita berbicara tentang tajuk ini, secara automatik semua mata mnjadi segar, badan berasa segar dan hati juga rasa tertarik. Dan tidak lupa juga, pasti dan semestinya akan ada banyak pandangan dan pendapat yg berbeza tentang wanita.

Zaman ini, ramai yg masih beranggapan bahawa wanita perlu lebih qawiy, ataupun lebih kuat berbanding lelaki. Tetapi, sedar atau tidak, hal ini akan mengakibatkan kepimpinan lelaki dalam rumah tangga tergugat dek kerana kepimpinan lelaki yang lemah.

Dan sekarang, terbukti dan kita sedia maklum bahawa WANITA terlalu ramai yang belum bernikah, walaupun mempunyai kerjaya dan karakter yang hebat. Dan masyarakat yang kurang faham sentiasa menyalahkan kaum hawa dalam hal 'kenapa tidak mahu berkahwin???'. 
Adakah betul perkara ini berlaku kerana salah wanita???  

Padahal, sudah banyak cerita dan kisah yg kita dengar tentang kurangnya kewibawaan LELAKI zaman ini. Dan betul atau tidak jika kita mengatakan bahawa hal di atas berlaku adalah disebabkan KURANGNYA LELAKI BERKUALITI
Sedikit perkongsian daripada Prof Dr Hamka daripada tulisannya bertajuk Terusir
"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis...".

Apa yang berlaku sekarang amat2lah aneh. Kita dapat lihat sekarang, begitu banyak program2 yang yg dianjurkan untuk pembangunan wanita. Tetapi, sedar atau tidak, secara tidak langsung, kita telah menepikan pembangunan lelaki yg sepatutnya 2 perkara ini perlu berlaku seiringan. 

Sekali lagi, kita dapat lihat,
di manakah para pemuda sekarang,
sedang berada di pusat serentikah,
atau sedang persiapkan diri???
ataupun sedang berfoya-foya dengan alam yg fana ini?

Wahai kaum LELAKI,
sedarlah, kapasiti yg kamu ada cukup besar,
sedarlah, tanggungjawap yg bakal kamu pikul juga cukup besar,
dan apa lagi alasan mu untuk tidak mahu berubah kepada yg lebih baik???

Wahai kaum LELAKI, 
persiapkan dirimu,
persiapakanlah dirimu dari segala aspek, 
belajarlah daripada kehidupanmu itu,
jangan bazirkan setiap langkah dalam hidupmu itu dengan begitu sahaja,
ambillah pengajaran, ambillah sebanyak mungkin pengajaran,
ambil dan jadikan tauladan untuk kita di masa hadapan.

Wahai kaum LELAKI, 
perhatikan sekeliling, 
sebelum kamu bergelar suami, 
perhatikanlah orang yang terlebih dahulu menjadi suami,
nilailah sendiri,
nilailah sendiri untuk kamu apply di dalam rumahtangga mu nanti.


Akhirnya, sama2 kita ambil ibrah daripada ayat Allah yg berbunyi,

... الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ

yg bermaksud, Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan... [an-nisa, 34] 


Setakat ini dulu sahabat2 sekalian, ambillah apa yg baik daripada nukilan ini.
Sama2 kita kuatkan diri kita, tingkatkan ibadah kita, 
dan sentiasalah berpegang teguh dengan tali Allah, 
Insyaallah selamat dunia akhirat...  

*tajuk sebenar untuk pos kali ini ialah LELAKI... :D


16/02/1994








Tuesday, January 27, 2015

PEMBELAJARAN dalam KEHIDUPAN

Dalam seharian kita hidup, bnyk bnda yg kita akan belajar. Dari satu masa ke satu masa...

Begitu juga dgn mitsuibenz, semakin hari berjalan atas bumi ni, semakin ramai kita kenal makhluq Allah yg bernama MANUSIA.
Dan semua antara mereka ini sedikit sebanyak mewarnai kehidupan kita...

Hari ni insyaallah sedikit sebanyak nak bercerita tentang PEMBELAJARAN dalam KEHIDUPAN.
First of all, perasan atau x, sebenarmya dalam kehidupan kita ni, banyak sgt2 Allah nak ajar kita sesuatu.
Dan hari ni, tersentap dengan satu kata2 daripada seorang murabbi,
"Allah nk tarbiyyah kita xkira masa, sama ada pahit ataupun manis, itulah tarbiyyah Allah kpd kita"...

Cumanya bercakap tentang murabbi atau guru, ada satu point UTAMA yg ingin share di sini untuk para murabbi atau guru di luar sana. Iaitu sikap TIDAK MUDAH PUTUS ASA. Di sini, juga dikongsikan link untuk para pembaca lihat dan baca sendiri macam layanan student kepada murabbi atau guru yg x putus asa mengajar mereka. (klik sini untuk baca) 

Di sini juga suka untuk kongsikan tentang satu movie lakonan aamir khan tentang kehebatan seorang guru. Sama2 kita ambil pengajaran daripada cerita ini. (click sini untuk download cerita tu)

Memang mudah untuk kita berkata2, tapi amat payah untuk diaplikasi.
Walauapapun, SELAMAT MENCUBA!!!




setakat tu dulu untuk hari ini,

TQ

mitsuibenz





Sunday, January 25, 2015

UPDATE SEMASA

Assalamualaikum semua!!!

Insyaallah, mitsuibenz akan hidupkan balik blog yg sudah sekian lama menyepi...

TQ