Hello guys...

My nickname is mitsuibenz.

Mitsui for basketball.

Benz for education, profession, n job.


If I can be a good Benz, I will get a good Addin.

~waiting...

Monday, August 8, 2016

KEMBALI

Aku merasakan diriku KEMBALI.

Jika dulu, aku pernah ditinggalkan oleh sahabat2 yg lain. Mereka pergi ke kem kepimpinan meninggalkan aku.

Apa yg ada dlm mindset ketika itu bukanlah dengki tetapi semangat berkobar2 utk terus mengatur langkah supaya dapat berada 'stand a par' bersama sahabat2 lain.

Tahun berganti tahun, peristiwa sama seperti berulang KEMBALI.

Dan aku dapat rasakan sesuatu memontum yg agak sama seperti sebelum ini dalam diriku utk aku KEMBALI 'stand a par' bersama sahabat2 lain.

I'm back,
Insyaallah

Sunday, July 24, 2016

E.N.G.K.A.U

Dulu, engkau datang padaku ketika aku kuat, ketika aku selalu berhajat utk bertemu Nya.
Tetapi semalam, engkau datang ketika aku JATUH,
Penuh dengan perasaan serba salah.
Aneh,
Siapakah ENGKAU sebenarnya???

Thursday, June 9, 2016

WANITA = MUSLIMAH

Beberapa hari kebelakangan ini, sangat banyak cerita yang ku dengar tentang WANITA.
Dan satu persoalan yang sangat susah untuk diriku menjawapnya,


SENANG SANGATKAH UNTUK WANITA JATUH KEPADA SI LELAKI?

Hati ini memberontak dek kerana ingin menafikan persoalan ini. Tetap hakikat dan realitinya, yang berlaku di depan mata, amatlah berlainan.


Satu pesanan sebagai pengakhiran penulisan ini ialah wanita perlu ada jati diri,
Dan perlu belajar untuk menahan diri daripada meluah perasaan mahupun cerita kepada lelaki,
Sebab hampir semuanya berlaku bermula dari sini.

Sunday, April 3, 2016

KISAH BUDAK TAHFIZ

Minggu ini, sudah genaplah 1 bulan praktikal. Sangat banyak untuk diceritakan. Tetapi yang paling menarik hati ialah tentang kisah budak tahfiz (anak pekerja staff).
Pada umur tingkatan 1, anak tersebut telah memasuki sekolah tahfiz atas kehendak sendiri. Selepas beberapa tahun, anak tersebut tidak dapat ‘follow’ muqarrar ataupun sukatan hafalan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pendek cerita, sebelum PMR, anak tersebut telah dipindahkan sekolah lain dalam keadaan anak tersebut masih mahu menghafal Al-Quran. Seusai sahaja PMR, ibubapa kepada anak tersebut sekali lagi memindahkan beliau ke sekolah yang lebih dekat dengan kawasan rumah.
Dan dari sini, anak tersebut bertekad bahawa seusai sahaja SPM, dia ingin menghafal Al-Quran. Disebabkan oleh minatnya anak ini untuk mendalami Al-Quran dan ilmu agama, beliau akan ke madrasah berdekatan rumah di sebelah petang untuk mempelajari ilmu agama pula.
Mendengar cerita ini, aku terdiam seribu bahasa. Manakan tidak, diberi kesempatan 3 kali untuk bersama dengan Al-Quran. Bergenang air mata dek kerana memikirkan diri sendiri yang tidak menggunakan kesempatan yang Allah berikan.
Inilah tekad si anak muda, hebat… sangat hebat. Jika kalian mendengar sendiri cerita ini, pasti dan semestinya kalian akan merasai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi cerita tersebut disampaikan oleh si ibunya sendiri. Sama-sama kita doakan anak tersebut dapat terus bertekad untuk belajar Al-Quran dan agama seterusnya menjadi seorang ulama. Insyaallah
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama tengok balik apa yang telah buat sepanjang kita hidup ini.
Adakah kita telah menggunakan peluang ini sebaik mungkin?
Adakah peluang sebegini datang lagi selepas ini?
Ya Allah, maafkan hambaMu ini.

Sunday, January 24, 2016

DEMAM FINAL

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ini ku cuba sedaya upaya menulis.

Malam ini terperasan satu benda, iaitu orang yang menulis tidak dapat mengarang karangannya dalam keadaan fikiran bercelaru.

Inilah kehebatan para ulama yg mampu menulis kitab. Cuba fikirkan, macam mana kehidupan dan amalan mereka setiap hari. Pastinya jauh beza dengan kita.

Allahu Allah...